Pada 28.2.2010, KSJK telah diminta untuk mewakili Tuan Pengarah menghadiri pelancaran pertandingan kreatif & inovatif projek PINTAR di SK Pematang Buloh, Tasik Gelugor, Pulau Pinang. Pelancaran telah di rasmikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakob yang juga Ahli Parlimen kawasan ini. PINTAR adalah diselia dibawah PINTAR Foundation yang diterajui oleh Tan Sri Arshad Ayub. Ahli-ahli PINTAR terdiri daripada syarikat-syarikat utama di Malaysia seperti MAS, CIMB, BIMB, Khazanah Bhd., MayBank, TM dan banyak lagi. Bermula pada 2006 dengan 17 syarikat yang mengambil 42 buah sekolah di Pulau Pinang sebagai sekolah angkat. Pada 2008 sekolah angkat bertambah kepada 151 termasuk 12 buah sekolah di Sabah n Sarawak. Pada Februari 2010, PINTAR telah mempunyai 179 sekolah angkat dengan 25 syarikat yang menjadi ahli PINTAR.
Semasa pelancaran, hadir sama adalah Dato' Noorizan Bapoo, TKPPM Sektor Operasi KPM, dan Pengarah JPN Pulau Pinang sebagai tuan rumah, namun tiada Pengarah JPN ataupun wakil pengarah JPN yang hadir sama kecuali wakil Pengarah JPWP Labuan. Senarai 179 buah sekolah tersebut tiada dimaklumkan semasa pelancaran. Namun tempat pelancaran ialah sekolah angkat kepada BIMB. Menurut Pengerusi PINTAR Foundation dalam ucapannya, terdapat 4 modul yang boleh dilaksanakan oleh ahli-ahli PINTAR kepada sekolah angkat mereka. Menurut pegawai JPN Pulau Pinang yang ditemui, PINTAR ini adalah dibawah seliaan SPA ~ akademik ataupun SPPK~koakademik di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri.Monday 1 March 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)