
Idea projek ini telah dicetuskan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Labuan untuk diimplementasikan di pra sekolah. KSJK telah dipertanggungjawabkan untuk pelaksanaannya dan 5 buah sekolah rintis telah dipilih. Projek ini adalah di adaptasi daripada konsep FOREST KINDERGARTEN di Jerman, Scotland, UK, USA dan Taiwan. Di dalam konsep pra-sekolah begini, FOREST atau Hutan atau Alam Semulajadi dijadikan Alat Bantu Mengajar. Murid-murid pra-sekolah di bawa belajar mengenal huruf dan menikmati suasana pembelajaran melalui alam semulajadi dan bukan hanya berada di bilik darjah, walaupun bilik darjah dipenuhi dengan pelbagai informasi pembelajaran.
Sekolah-sekolah rintis terdiri daripada 5 buah pra-sekolah iaitu SK Pekan 1, SK Bukit Kalam, SK Lubok Temiang, SK Patau-Patau dan SK Sg.Bedaun. Maklumat awal berkaitan laman web yang boleh dilayari untuk mendapatkan informasi telah difaks ke sekolah-sekolah berkenaan pada Khamis, 14 Januari 2010.

Antara laman web yang boleh dilayari ialah:

i)
http://www.foresteducation.org/
ii)
http://www.rainforesteducation.com/
iii)
http://www.foresthouse.herts.sch.uk/

iv)
http://www.waldkinder-sg.ch/
Satu taklimat berkaitan projek ini akan diadakan pada 11 Februari 2010. Surat akan menyusul nanti.
3 comments:
Saya yakin Labuan akan mempelopori kaedah pengajaran berasaskan alam sekira melaksanakan melalui perancangan dan dokumentasi yang mantap..tk
Terima kasih tuan atas peluang yang diberikan. At least saya belajar satu perkara baru iaitu kurikulum pra sekolah yang tidak pernah saya beri perhatian sebelumnya. Terima kasih juga kerana memberi saya peluang untuk membina komunikasi yang lebih baik. Terima kasih.
Education is the process by which our mind develops through format learning at an Institution like a school, college, or university. It is mental and intellectual training which provides opportunities of growth and helps to overcome obstacles to progress. Therefore, It is often compared to light which removes the darkness of ignorance and helps us distinguish between right and wrong.
Post a Comment