Monday, 1 March 2010
PERTANDINGAN KREATIF & INOVATIF PROJEK PINTAR
Saturday, 27 February 2010
PELANCARAN KAEDAH PEMBELAJARAN PRA SEKOLAH BERASASKAN ALAM SEMULAJADI


Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting diberi perhatian kerana ia memberi impak kepada pembangunan tahap kognitif dam psikomotor seorang manusia yang bakal memimpin masa depan dunia. Kurikulum prasekolah dalam transformasi pendidikan terkini di Malaysia telah menggariskan panduan perancangan pengajaran yang menyeluruh. Sesuai dengan pelaksanaan sub-NKRA/ NKPI KPM~ prasekolah , pihak jabatan dengan penekanan daripada Tuan Pengarah sendiri yang mahukan pedagogi prasekolah berasaskan alam semulajadi di WP Labuan di praktiskan secara menyeluruh di semua sekolah rendah yang ada pra sekolah dengan harapan pembelajaran prasekolah lebih 'alive' dan bukan hanya dalam kelas semata-mata.Di mana murid-murid prasekolah diberikan peluang meneroka pembelajran melalui alam semulajadi yang menjadi sebahagian kehidupan kita. Memandangkan alam kita yang semakin 'uzur' akibat kelalaian kita untuk memelihara dan menyintai alam semulajadi maka pendidikan awal murid-murid ini diharap akan dapat menerapkan nilai menyintai alam semulajadi demi bumi yang sihat.
Hasil kajian Piaget itu menunjukkan perlunya pembelajaran lebih menarik, bermakna, berwarna-warni dan pelbagai bentuk dengan menggunakan nature sebagai bahan bantu mengajar, untuk murid-murid tahap pra-operasi ini maka, saranan Tuan Pengarah agar kaedah pembelajaran berasaskan alam semulajadi ini diaktifkan dalam pedagogi guru-guru pra-sekolah telah membawa kepada beberapa siri penggambaran dan pemerhatian pelaksanaannya di pra-sekolah yang dijalankan bersama oleh pegawai jabatan yang menjaga hal-ehwal pra sekolah ini iaitu puan Hasnah dari Sektor Pengurusan Sekolah dengan pegawai BTPN.
Bagi melihat perkembangan pelaksanaan kaedah ini, Tuan Pengarah bersama KSPS, KSPA dan KSJK telah turun ke sekolah memerhati sendiri bagaimana guru-guru pra sekolah menggunakan kaedah ini dan Tuan Pengarah bersama ketua-ketua sektor telah mencadangkan beberapa penambahbaikan. Satu pelancaran dirancang sebagai petanda agar kaedah ini dilaksanakan secara aktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran di semua prasekolah di WP Labuan bermula tahun 2010. Butir-butir majlis pelancaran ialah:-
Tarikh : 8 Mac 2010 (Isnin)
Masa : 8.30-9.30 pagi
Tempat : Taman Pertanian Kilan, WP Labuan
Perasmi : Y.B. Datuk Yusuf Hj.Mahal (Ahli Parlimen Labuan)
Kehadiran : Semua KS dan semua GB sekolah rendah yang ada prsekolah.
Sunday, 17 January 2010
NATURE PRESCHOOL PROJECT
Idea projek ini telah dicetuskan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Labuan untuk diimplementasikan di pra sekolah. KSJK telah dipertanggungjawabkan untuk pelaksanaannya dan 5 buah sekolah rintis telah dipilih. Projek ini adalah di adaptasi daripada konsep FOREST KINDERGARTEN di Jerman, Scotland, UK, USA dan Taiwan. Di dalam konsep pra-sekolah begini, FOREST atau Hutan atau Alam Semulajadi dijadikan Alat Bantu Mengajar. Murid-murid pra-sekolah di bawa belajar mengenal huruf dan menikmati suasana pembelajaran melalui alam semulajadi dan bukan hanya berada di bilik darjah, walaupun bilik darjah dipenuhi dengan pelbagai informasi pembelajaran.
Antara laman web yang boleh dilayari ialah:

i) http://www.foresteducation.org/
ii) http://www.rainforesteducation.com/
iii) http://www.foresthouse.herts.sch.uk/
iv) http://www.waldkinder-sg.ch/Satu taklimat berkaitan projek ini akan diadakan pada 11 Februari 2010. Surat akan menyusul nanti.
Monday, 11 January 2010
TAKLIMAT SEKOLAH BERPROSEDUR
Taklimat awareness berkaitan kualiti dan MS ISO 9001:2008 telah dilaksanakan pada 8 Januari 2010 di SM Sains Labuan. Kehadiran terdiri daripada semua GB dan Pengetua 11 buah sekolah rintis beserta PK 1 dan seorang guru kualiti mereka. Berpeluh jugalah kelihatan mereka semasa Tn.Hj.Hamka, pengurus kualiti negeri, menyampaikan taklimat. Namun mereka positif dan bersedia untuk fasa seterusnya iaitu pemurnian prosedur kualiti yang menepati acuan sekolah Labuan. Pemurnian akan diadakan pada 14 Januari 2010 di Bilik Mesyuarat jabatan. Setiap Prosedur Kualiti akan dimurnikan secara berkumpulan.
Tuesday, 29 December 2009
Bidang Keberhasilan Utama Sektor Jaminan Kualiti 2010
Empat Bidang Keberhasilan Utama Sektor Jaminan Kualiti menjadi Indikator Prestasi untuk mencapai Sub-NKRA KPM yang melibatkan semua ketua sekolah iaitu Guru Besar dan Pengetua.- Kepimpinan - SKPM & KOMPAS
- Penyelidikan & Inovasi - Kertas Kajian & Pembentangan di Seminar dan Inovasi Guru
- Penilaian - Laporan Progres Kepimpinan
- Pengurusan Kualiti - Sistem Sekolah Prosedur (SPKP)
Ada pandangan cendekiawan mengatakan, segala yang boleh dan tidak boleh kita lakukan bermula dari HATI. Maka marilah bersama kita membuka hati kita ke arah yang positif dan sebarang kesan negatif hendaklah direfleksi agar kesan positif menguasai kehidupan kita. Ini adalah kerana kehidupan ini bukan destinasi tetapi adalah PERJALANAN. Fikirlah...ke mana akhir hidup kita ini. Ingatlah semua yang kita ada ini hanyalah pinjaman semata-mata maka marilah kita menjaga pinjaman yang diberikan kepada kita ini dengan amanah dan penuh integriti. InsyaALLAH. Wallahualam.
Lawatan Penandaarasan Sekolah Berprosedur pada 20-22 Dis.2009
Ahli rombongan yang saya ketuai bersama tiga orang Ketua Sektor, 5 orang Pengetua dan 6 orang Guru Besar (GB) / PK1 yang mewakili GB.
Monday, 28 December 2009
BENGKEL MEMBINA PROPOSAL & PENYEMAKAN PROPOSAL
Dimaklumkan bahawa bengkel peringkat pertama proses kertas kajian iaitu BENGKEL MEMBINA PROPOSAL akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 11 - 12 Januari 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan
Masa 2.00 - 5.00 pm.
BENGKEL PENYEMAKAN PROPOSAL akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 18-19 Januari 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat SPA (18/1/2010) & Jabatan(19/1/2010)
Masa 2.00-5.00 pm
Semua Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan Bidang, Ketua Panitia, Guru Bimbingan Kaunseling, Guri Media, Guru Cemerlang (GC) adalah ditawarkan untuk mengikuti bengkel ini. Surat tawaran akan diedarkan ke semua sekolah pada minggu pertama Januari. Peringkat akhir proses ini adalah pembentangan di dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan 2010 yang akn dilaksanakan dalam bulan Julai 2010.
KECEMERLANGAN DIRI ANDA TERSERLAH APABILA ANDA MERASA BAHAGIA DENGAN APA YANG ANDA LAKUKAN. INDIKATORNYA IALAH APABILA ANDA BERSEDIA MENERUSKAN KECEMERLANGAN ORGANISASI ANDA MELALUI HASIL KAJIAN / PENYELIDIKAN DAN INOVASI ANDA.
Tarikh : 11 - 12 Januari 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan
Masa 2.00 - 5.00 pm.
BENGKEL PENYEMAKAN PROPOSAL akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 18-19 Januari 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat SPA (18/1/2010) & Jabatan(19/1/2010)
Masa 2.00-5.00 pm
Semua Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan Bidang, Ketua Panitia, Guru Bimbingan Kaunseling, Guri Media, Guru Cemerlang (GC) adalah ditawarkan untuk mengikuti bengkel ini. Surat tawaran akan diedarkan ke semua sekolah pada minggu pertama Januari. Peringkat akhir proses ini adalah pembentangan di dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan 2010 yang akn dilaksanakan dalam bulan Julai 2010.
KECEMERLANGAN DIRI ANDA TERSERLAH APABILA ANDA MERASA BAHAGIA DENGAN APA YANG ANDA LAKUKAN. INDIKATORNYA IALAH APABILA ANDA BERSEDIA MENERUSKAN KECEMERLANGAN ORGANISASI ANDA MELALUI HASIL KAJIAN / PENYELIDIKAN DAN INOVASI ANDA.
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PENYELIDIKAN JPWPL
Kepada semua Jurulatih Utama Kajian Tindakan
Tarikh : 7 Januari 2010
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan
Masa : 2.00 - 5.00pm
Senarai nama dilampirkan pada surat panggilan.
Tarikh : 7 Januari 2010
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan
Masa : 2.00 - 5.00pm
Senarai nama dilampirkan pada surat panggilan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
